Tapi rindu ami pada abah selalu hadir secara tiba2. Tanpa dipaksa ia hadir sendiri...
Tapi lately ia sering hadir diwaktu malam. Tika kepala diletakkan ke bantal. Rindu akan hadir menyapa hati...
Waktu sedang memandu seorang, terutamanya di waktu malam, rindu juga akan hadir mengetuk pintu hati... rindu untuk berjalan2 dengan abah di waktu malam.
Rindu nak pegi supper dengan abah.
Rindu nak tengok midnite dengan abah.
Rindu segala aktiviti yang kita lakukan bersama.
Ami rasa inilah perasaan rindu yang paling kuat pernah ami rasa selama abah pergi ke sana. Kali ini, tahun ini, ntah kenapa ami bagaikan tak cukup kekuatan untuk menahan rasa rindu ini pada abah.
Malam semalam ami bermimpi...
Tiba2 ami diberi peluang untuk jumpa abah kat sana. Sumer beg kelengkapan dah siap. Tapi belum sempat ami nak ke airport tiba2 ami terjaga...
Mainan mimpi rupanya...
Ami menghitung hari... bila abah nak kembali. Kesibukan kerja di pejabat membantu mengurangkan rasa rindu yang bersarang di hati.
Quite number of years jugak aku kerja ngan hospitality industry.
And yes... this industry memang ada diskriminasinya.
Aku tak nafikan industri perhotelan amat mementingkan gaya dan rupa. Kalo ketrampilan ko tak betul, hhmmmmm.....
Mula2 dulu aku admit aku agak kalut dengan issue ini. Baru mula nak kerja. Baju kerja pun masih tak banyak. Jadinya bila penampilan kurang, secara automatiknya tahap keyakinan aku jugak jatuh merudum. Jumpa orang malu2.
Sebab tu bila laki aku bising baju banyak, aku explain kat dia betul2 betapa penampilan itu amat penting dalam kerjaya aku.
Aku pegang kata2 Afdlin Shauki. Tak kisahlah kalo ko gemuk sekali pun, yang paling penting, pandai mengayakan diri dengan penampilan yang sesuai.
Baru kita takkan rasa rendah diri bila berdepan dengan orang lain.
And yes... I have overcome my fear.
Cuma sedikit kekesalan pada aku dalam industri nih.
Ada sesetengah hotel yang tak terima student aku dengan reason "big size". Kalo terima pun, they wont put these plus size students of mine kat front of the house.
Alamatnya memang diorang letak bebudak nih kat back of the house.
Aku paham. One HR told me, diorang kena jaga standard hotel diorang yang betaraf 5 bintang. Jadinya penampilan staff yang nak diletakkan at the front of the house macam front office or F&B service mesti ler nak yang cantik molek.
Aku paham tuh. Dan aku tak mampu nak buat apa2. Kena ikut ajer ler requirements diorang.
Tuh sebab bila datang students yang berbadan besar aku dah susah hati. Ah sudah. Mana lak nak letak budak nih untuk training. Lagi lah pulak kalo budak tuh kena pegi front office. Melilau aku carik hotel yang tak kisah dan ada size uniform yang sepadan dengan budak tuh.
Ingat senang ker kerja aku?
Lagi satu bila bab bertudung.
Bila satu2 batch tuh ada pulak budak bertudung, kalo budak tuh pegi admin dept jer takpe lah jugak. Tapi kalo budak tuh kena buat operations? Takkan sume aku nak kena hantar ke Terengganu atau Kelantan?
Even in Langkawi pun ada yang tak terima.
Dahhh aku kena panggil budak tuh datang opis, slow talk dengan dia. Kena explain betul2. Bagi pilihan kat dia. Kalo nak hotel besar 5 bintang, jangan harap diorang nak terima kalo ko bertudung. Unless kalo budak tuh willing to bukak lah, and of course with an approval from her parent.
Kalo tak nak bukak, boleh... tapi kena pahamlah kalo aku terpaksa letak dia pada hotel 3 - 4 bintang ajer. Itu pun boleh kira dengan jari berapa kerat jer hotel kat KL nih yang accept that.
Kekadang tuh aku rasa bersalah sangat. Terpaksa bagi nasihat macam tuh.
Tapi students nih pun paham. Kebanyakan diorang memang dah paham bila mula2 masuk belajar.
Ada satu kes, budak nih bertudung. Kena pegi front office. Hotel nih pulak allow dia pakai tudung. Ingatkan dah settle lah issue tuh. Rupanya tak! Tak lama dia start training, dia call office bagitahu... iyaaa hotel bagi pakai tudung... tapi dengan kain terbelah!
Dahhh kawan aku garu kepala nak selesaikan problem nih... hahaha..
Kekadang aku pelik, kita nih di Malaysia. Negara Islam yang maju.
Tapi kenapa kena ikut policy macam tuh yang kononnya itu international standard of hotels around the world.
So what's wrong with the bertudung to put them in front? Buruk sangat ker rupanya?
Tak boleh ker kalo kita nih, Malaysia nih, gubal policy kita sendiri yang SEMUA hotel di Malaysia nih membenarkan pekerjanya bertudung, tak kira departments mana sekali pun. Buatlah satu standard uniform untuk yang bertudung. Macam satu hotel kat KLIA nih that I know they allow and they have their own standard tudung yang staff boleh pakai.
Kenapa ek? Kalo kita buat macam tuh, investors kompem lari ker??
Hotel2 kat Dubai, Madinah dan yang sewaktu dengannya tuh macam mana ek?
Kali nih aku lebih berhati2. Tak nak pisang berbuah dua kali. Siap aku beli kasut flat sehari sebelum trip.
Sib baik trip kali nih aku pilih ke PD & Seremban. Dekat sikit. Jalan pun tak susah. Plus aku memang familiar jalan2 kat situ.
Mana taknya... dah belajar kat seremban 3 tahun. Situ ler tempat aku kenal Abah. Situ ler jugak tempat yang banyak simpan sejarah dan memori aku ngan Abah.
Haaaa part itu nanti aku citer. Kena buat entry khas untuk itu. Nak citer skang kaluuu... 7 hari 7 malam pun tak habis!
Nope. I dont need my GPS at all for this trip. Alaaahh takat PD tuh ko teruuussssss jer jumpa ler destinasinya.
My first appointment pukul 10am. Takut highway jam, aku kuar rumah agak awal pagi Khamis tuh.
Pagi2 dah hujan. Tapi hujan nih pun kejap turun kejap berenti.
Dan aku drive di kelajuan yang sederhana sahaja.
Sederhana katanyaaa.... wakakaka....
Destinasi pertama aku. Tau tak kat mana nih?? Am sure some of you guys dah pernah pegi sini. Especially yang dah beranak pinak tuh. Tempat nih famous untuk mereka yang berkeluarga.
Tak tau?
Carik sendiri lah.
5 hotels in PD and 2 hotels in Seremban. With total of 40 students sumernya aku visited.
Well... seronok tuh seronok gak. Dalam erti kata lain, selain dari ko kerja, ko leh jalan2 gak. Like what i did in Penang and Langkawi.
Tapi dalam pada tuh, aku kena meet with many industry people di serata negeri. Carik contacts. Build in relationship. Confirm kan future colaborations. Dengar masalah students. Dah dengar luahan hati diorang, kena panjang2kan to their HR pulak. Nak cakap tuh bukannya leh terjah macam tuh jer. Nak kena cakap elok2. Penuh berhemah. Professionalism tuh penting. Kita nak jaga hubungan tuh. Itu yang penting.
Bukan senang.
Selesai kerja kat PD, petang Khamis tuh jugak aku zoooommmm terus pecut ke Seremban. Stay satu malam di sana. Kalo tak kerana ada lagi meetings kat Seremban, aku dah pecut balik KL dah.
Dah lain sungguh jalan kat Seremban nih. Banyak dah berubah. Jalan dah besar. Signboard pun dah banyak.
Tuu Hospital Seremban. Nostalgia gak tuh. Tempat Abah masuk wad sebab suspect denggi. Mencanak aku dari kolej terus ke sini nak melawat kekasih hati. Risau punya pasal. Alih2 aku tengok dari jauh ajer. Sebab dari jauh aku dah nampak mak apaknya pun ada jugak! Masa tuh lum kenal lagi ngan bakal mak pak mertua... hahaha....
Abah, nanti kita jalan2 holiday ke Seremban yek! Nak jalan kat Terminal 1. Tempat bergaduh kitorang yang paling famous! hehe...
The view from my hotel room.
Disebabkan aku sorang, penat lak tuh, maleh nak turun dinner. Aku order jer room service.
Nasi lemak daun pisang (daun pisangnya cenonit ajer) berlaukkan rendang daging, sambal sotong dan ayam goreng. RM 18.00.
Dah bedal sepinggan, rasa tak cukup la pulak. Aku order lagi mushroom soup. RM 9.00.
Takpe... duit company... hik!
Aku ada satu fobia. Aku memang susah tido kalo kat tempat asing atau baru. Even tido kat hotel 5 - 6 bintang sekalipun. Aku tetap susah nak tido.
Lagi lah pulak kali nih aku sorang. Sapa kenal aku tentu tau cemana penakutnya aku. Sampai skang kalo aku nak ke toilet tengah malam kat rumah, laki aku ler yang jadik mangsa tukang temankan. Iyaa... sampai sekarang nih dah besar panjang dah beranak pinak. Dan aisyah ikut sifat aku yang satu nih!
Dalam pala otak dah terbayang macam2. Dicampur pulak lagi cerita2 yang kawan aku sengaja reka nak takut2kan aku sebelum aku pergi.
Sudahnya... katil sebelah aku lambakkan dengan barang aku. Biar penuh dengan barang.
Lampu bilik sumer aku bukak.
Tv aku pasang.
Laptop aku on citer The Proposal sambil online facebook (sib baik dalam bilik ada wifi).
Dan aku menahan mata dari tido sampai pukul 5am.
Boleh gitu??
That's what i did. Betul. Tak tipu.
Dah pukul 5am, baru aku tutup laptop, tutup tv, baru aku tutup mata.
Sementara nak tunggu appointment pukul 10am, balik jer sarapan kul 8.30am, aku tutup sumer lampu bilik, tutup langsir, aku sambung qada tido!
Huh! What a night... tapi cakap kat orang hotel tu.. "ya i had a good nite sleep last nite" wakakaka...
Appointments kat Seremban habis kul 3.30pm, terus aku zzooooommmm pecut balik KL.
Dan pagi Sabtu...
Inbox aku ajer penuh 29 emails lum baca lagi. Tu tak campur lagi ngan internal emails.
Mangaihhhh... jenuh ler pagi senin aku clear kan satu... satu...
Merujuk kepada perkara di atas, dengan dukacitanya saya mengumumkan bahawasanya saya tidak akan berada di kawasan yang sewaktu dengannya mulai besok, di atas sebab urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan dengan itu, peng-update-an blog akan tergendela sebentar, sehinggalah saya kembali bekerja pada minggu hadapan.
Entri terkini saya akan mula disiarkan kembali pada Isnin hadapan, bersamaan dengan 9 November 2009.
Segala kesulitan yang dialami oleh pihak anda amatlah dikesali dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
YUP! Bila 4 sekawan nih berkumpul, macam2 boleh jadi.
(Lupakan sekejap pertelingkahan dingin antara Hans dan AC. Aku anggap tuh gaduh adik beradik jer. Tak nak hilang mood happy aku tengok musical theatre nih).
This time around aku kuar rumah agak awal. Aku nak sampai awal. Nak kejar parking.
Kalo datang lambat, alamatnya nuuuuuunnnnnn jauh ler ko parking!
Alhamdulilah aku dapat parking betul depan pintu istana budaya! haha...
Dinner kejap kat cafe situ (satu2nya cafe yang ada dan harganya.... pergh!) Pastu lepak2 tengok apa yang ada dipamerkan.
Hmmm.. tak meriah sangat dengan barang pameran compare dengan PGL or Konsert M. Nasir. Of courselahhh mana leh compare... Tengok ler PGL spaa yang produce.. tak yah menagih sponsorship pun diorang mampu gak nak buat sendiri.
Tapi.. tetap aku singgah jugak kedai cenderahati.
Ko bayar mahal2 tak beli souvenir hapa ke jadahnya kan?
Souvenir book dan mug kaler hitam aku sambar. Kang nak buat modal mintak sign autograf.
Wehhh banyak dah lah pulak souvenir book aku kumpul.
Masuk dewan kul 8.30pm and show started 15 mins after that.
How was it??
Thumbs up! Another good product from Malaysian.
First session before break was kelakar giler! Aku punya gelak habis! Lawak giler. Kalo dah diorang berempat tuh yang berlakon...
Kalo penonton yang bergelak ketawa ok lagi. Nih empat2 pelakon kat atas pentas tuh pun dok tahan gelak!! Kita penonton lagilah ketawa besar.
Sampaikan Ramli Hassan, pelakon yang terkenal dengan watak serius pun boleh kuar skrip sendiri sebab tak tahan gelak dengan diorang tuh!
Lepas seksa menahan gelak dia buleh kata "korang nih! aku tak tahan lah dengan korang nih!" kat atas pentas live!
Hahahaa.... memang best!
Tapi itu Babak 1....
Babak 1 penuh dengan gelak ketawa.
Masuk Babak 2... Di situ ler konflik berlaku...
Kat sini aku nampak ada sedikit meleret jalan ceritanya. Scene yang aku rasa kalo takde pun takpe. Tak menjejaskan jalan cerita.
Satu lagi... aku agak terganggu dengan kehadiran ensemble yang agak gedik-gedik kat situ. Especially masa pertandingan cuci berlangsung. Aku takleh tahan lah nengok diorang tuh terpekik terlolong mengada... hish! Tak berkenan aku wehh... pastu pulak masing ada mic so sumer orang sibuk nak bercakap.
Haaa itu satu lagi yang aku agak terganggu. Mereka berempat kekadang tuh masing2 sibuk nak bercakap sampaikan aku tak berapa dengat apa butir diorang tengah bercakap.
Tapi.. dari segi lakonan.. memang mantap!
Gandingan Afdlin, Hans, AC dan Awie, disokong pulak oleh Ramli Hassan, Adibah Noor, Vanidah dan Reefa... apa lagi nak kata? Perfect combination!
Afdlin ~ lakonannya superb.
AC ~ pengalamannya terlibat dalam PGL beri satu kelebihan pada dia. He is natural on stage! I like him!
Hans ~ masih ada ruang untuk diperbaiki yet still ok.
Vanidah ~ lakonannya tak perlu dipertikaikan.. cuma bagi aku watak CJ nih kurang padan dengan dia.
Ramli Hassan ~ as Tan Sri dan father to CJ, sebagai orang yang berpengalaman luas dalam theatre. Aku tadak komplen on him!
Adibah?? Muahahahahha..... itu yang aku ingat dulu. Lawak beb adibah nih. Dari dulu lagi aku suka dia berlakon.
My fave??
Of course Awie and Adibah!!!
Kombinasi lakonan yang cukup bagus! Sori to say, aku lagi suka Awie with Adibah compare to Awie with Umie in the real movie.
Aku rasa diorang berdua nih yang lebih banyak menghidupkan jalan cerita. As for me, aku dok tunggu2.. bila awie nak kuar. Bila awie nak bercakap. Bila laa awie ngan adibah nak kuar lagi nih.
Berbaloi tak untuk tengok kali kedua? welll aku rasa boleh jugaklah... untuk hilangkan kebosanan dan untuk mendatangkan mood keceriaan.
Macam biasa... lepas habis mesti nak amik signature nak amik gambor kan.
Aku tak tunggu habis sampai tutup tirai, mencanak aku kuar dewan. Nak beratur depan punya pasal. Rupanya bukak aku sorang ajer yang buat macam tuh. Ada jugak lagi aweks aweks yang dua kali lima macam aku gak.
Ni mesti dah expert datang istana budaya nih hahaha...
Aku ada captured gambor pelakon sorang2 masa datang dekat amik signature tapi maleh lah nak tepek sini.
Aku tunjuk korang gambor reramai jer lah ya.
Korang perasan tak sapa yang takde dalam gambor nih??
Iyaaa betullll.. AC tadak masa nih. Ntahlah usah ditanya aku kenapa dia tak kuor. Dulu masa PGL pun aku harap sangat dia ada masa photography session sebab aku minat dia berlakon as Adipati, tapi... tadak jugak.
Entah!
So korang bila nak tengok nih? Minggu ni last tau! Pegi ler tengok.. tak rugi! . . . . . . . . . .
What would be next??
Natrah.
Harga tiket aku dah survey.. and it is affordable.
"Tatkala ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Apabila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Apabila DIA tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA" ~ Semoga kita mampu menempuhinya dengan penuh kesyukuran, ketabahan & keihkhlasan, berserta sedikit pengorbanan~
THE MOTIVATION
"All power is from within and therefore under our control"... If you think you are successful, you are. If you think you are better, you ARE better! You are the only one who can create the life you deserve...JUST DO YOUR BEST AND THE REST WILL COME..." quoted from my good friend of mine.